SANDBOX
DI BAWA OLEH : PERTUBUHAN PEMERKASAAN DAN TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA (PPTEM)
KERJASAMA : IDEAS BERHAD
IDEAS KEDAH BERHAD
DIURUSKAN OLEH : KLUSTER EKONOMI 6 – AKADEMIA
KLUSTER EKONOMI 3 – KEWANGAN
IDEAS CORPORATE SDN BHD
BANK PANEL :

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
TOYYIBPAY SDN BHD
DISOKONG :

RIZQ MARKETPLACE BERHAD (SUPERAPP RIZQMALL)
HARISFADZLAH EMPIRE

 

PENGENALAN
SANDBOX (Kotak Pasir) di sediakan di tapak buaian permainan kanak-kanak, supaya anak-anak yang bermain buaian tidak tercedera jika kemalangan.

Begitulah istilahnya bila kita mahu membangun, membimbing dan membina Usahawan, perlu disediakan PLATFORM, supaya risiko kegagalan dapat di kurangkan dan pencapaian dapat ditingkatkan .

SANDBOX merupa sebuah program usahawan pemula diberi nama “The ENTREPRENEUR Kick Start”.

SANDBOX digambarkan sebagai wadah untuk para Usahawan Siswazah, Belia dan Beliawanis mendapat bimbingan dari pakar, pelabur, dana dan fasiliti bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan.

TUJUAN
    • Melahirkan Usahawan dari kalangan Siswazah, Belia dan Beliawanis yang Berjaya dan Berdaya Saing.
    • Memulakan Perniagaan dengan Modal sangat Minimum (memulakan perniagaan dengan modal sendiri)
    • Disediakan Geran dan Kredit (mengikut syarat & terma).
    • Memilih Perniagaan yang boleh memberikan Impak dan Kesan Ekonomi kepada Agama, Bangsa dan Negara (ABATA).
    • Dibimbing dan Dilatih oleh mereka yang berpengalaman selama 2 tahun.
    • Menjadikan Pelatih sebagai Usahawan Bijak, Tahan Tekanan, Halangan, Kreatif dan Inovatif.
GALAKAN BERNIAGA DALAM ISLAM
  • ISLAM menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti Perniagaan.
  • Dalam ISLAM, Perniagaan dianggap satu aktiviti yang sangat Mulia. Ia merupakan IBADAH dan juga SUNNAH Rasul SAW.
  • Rasulullah SAW seorang Ahli Perniagaan yang Berjaya. Rasulullah SAW pernah menjadi wakil perniaga kepada Khadijah binti Khuwalid RA ke negeri Syam.
  • Rusullah SAW menegaskan bahawa 9/10 daripada rezeki datangnya dari Perniagaan. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud :

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada Perniagaan (Riwayat Tirmizi)”

TUJUAN PROGRAM SANDBOX
MEMBERI PELUANG KEPADA :

  • Graduan / Siswazah.
  • Usahawan / Bakal Usahawan / Pesara
  • Belia dan Beliawanis.
  • Ibu Tunggal, Ibu Tinggal atau Balu.
  • OKU

MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG PALING MINIMUM.

MENYEDIAKAN :

  • Kursus, Latihan dan Konsultansi
  • Menyediakan Peluang-Peluang Perniagaan
  • Bimbingan, Persian dan Platform

MENYEDIAKAN DANA (GERAN &  KREDIT). 
Menyediakan Geran dan Kredit sehingga RM 1 juta kepada setiap Pembimbing / Pelatih (Mentor / Mentee)

SYARAT PENYERTAAN
  • Muslim
  • Ahli PPTEM (daftar di sini belum Ahli)
  • Daftar Program SANDBOX (daftar di sini) atau Scan QR Code
  • Lelaki / Wanita
  • 18 Tahun ke atas
  • Minat Mendalam dalam Bidang Keusahawanan / Perniagaan
  • Bersedia untuk Mengikuti Program dan Menandatangani Akujanji
  • Tekun, Doa dan Tawakal

HADIR TAKLIMAT / MAJLIS PENERANGAN
Sila Rujuk di laman sesawang :

Lihat Lokasi Taklimat / Majlis Penerantan di seluruh negara.  Klik disini….

TUGASAN
>> Sila Lihat Tugasan & Keistimewaan Program SANDBOX, klik disini….
PERTANYAAN
Sebarang Pertanyaan, boleh menghubungi kami di :

Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM)

Telefon :

+60 111 528 2020
+60 111 538 2020

Email :

admin@harisfadzlah.com

PELATIH (MENTEE) MENTOR PENERIMA GERAN FAQ TESTIMONI VIDEO TAKLIMAT SANDBOX