Visi:
Menjadi pemacu utama kepada pembangunan ekonomi umat Islam melalui pendekatan sistematik, tersusun dan berimpak tinggi menjelang 2030.
Misi:
- Memperkasa jaringan usahawan Muslim melalui penyediaan ekosistem sokongan yang menyeluruh merangkumi pembiayaan, latihan, pemasaran dan teknologi.
- Menggalakkan kerjasama strategik antara NGO, koperasi, syarikat awam dan entiti swasta dalam membangunkan kluster-kluster ekonomi utama umat Islam.
- Mewujudkan sistem ekonomi Islamik yang lestari, mampan dan bebas daripada pergantungan penuh kepada kerajaan atau institusi tertentu.
- Membina keupayaan dan kecekapan pengurusan dalam kalangan penggerak ekonomi Muslim melalui latihan berstruktur dan pembangunan kapasiti.
Menjadi contoh model pembangunan ekonomi Muslim yang boleh dicontohi dan diadaptasi oleh negara-negara Islam lain menjelang tahun 2030.