- Memperkukuh Ekonomi Muslim Secara Menyeluruh. Mewujudkan ekosistem ekonomi Muslim yang lebih kukuh, berdaya saing, dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran pasaran global dan domestik.
- Meningkatkan Penglibatan Usahawan Muslim Dalam Rantaian Nilai Ekonomi. Memperkasa usahawan Muslim dalam sektor-sektor strategik seperti ICT, industri pembuatan, kewangan Islam, pemasaran produk halal, pertanian moden, dan lain-lain.
- Membina Infrastruktur Ekonomi Sendiri Yang Berteraskan Prinsip Syariah. Menggalakkan pembangunan jaringan perniagaan, pembiayaan, pemasaran dan pengedaran yang patuh Syariah dan bebas dari dominasi pihak luar.
- Membentuk Model Pembangunan Ekonomi Tanpa Bergantung Kepada Kerajaan. Menggerakkan pelan ini melalui sokongan sektor swasta, NGO, koperasi dan komuniti Muslim, tanpa campur tangan politik dan birokrasi kerajaan.
- Meluaskan Peluang Pekerjaan & Menjana Pendapatan Komuniti Muslim. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan umat Islam melalui projek, kluster ekonomi, dan pembangunan IKS.
- Memperkasakan Rantaian Perniagaan Muslim Dari Pengeluaran Hingga Pasaran. Membina rangkaian lengkap dari pengeluaran (produk dan perkhidmatan) sehingga pemasaran dan pengguna akhir di kalangan komuniti Muslim.
- Mewujudkan Model Ekonomi Jemaah Secara Bersepadu. Menyatukan kekuatan individu, NGO, koperasi, syarikat swasta dan komuniti untuk bergerak sebagai satu jemaah ekonomi yang bersatu padu.
- Memacu Transformasi Sosial & Ekonomi Secara Holistik. Menjadikan pembangunan ekonomi sebagai pemangkin perubahan sosial, pendidikan, dan taraf hidup masyarakat Islam di Malaysia.