KUNJUNGAN HORMAT PPTEM KEDAH KE PEJABAT YB AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH, PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN

ALOR SETAR, KEDAH 2 Jan – Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) Negeri Kedah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke pejabat YB EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah iaitu YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin.

PPTEM telah diketuai oleh YBhg Ustaz Yusuf Abdullah, Pengerusi PPTEM Negeri diikuti oleh Ahli Jawatankuasa PPTEM Negeri Kedah.  Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Penaung / Penasihat PPTEM Malaysia mewakili Pengerusi dan AJK Pusat.

Perbincangan dua hala telah dapat dilaksanakan walaupun YB dalam situasi sangat sibuk, Pengerusi PPTEM Kedah memperkenalkan AJK yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut dan YBhg En. Haris Fadzlah telah memberikan taklimat ringkas kepada YB Dato’ mengenai hala tuju, visi dan misi PPTEM Malaysia dan Kedah.  Dalam taklimat itu juga, beberapa perancangan yang telah dilaksanakan seperti Pemerkasaan Supermarket / Kedai Runcit di setiap kawasan Parlimen 10 kedai, Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) Negeri Kedah yang telah dicadangkan di Gurun, program Usahawan SANDBOX yang telah diadakan pada 30 Dis yang lepas, superapp RIZQMALL 10 dalam 1 dan beberapa perkara lain.

YB Dato’ juga memberi maklum balas dan mengalu-alukan PPTEM untuk mengukuhkan dan membantu kerajaan negeri bagi membangun dan memperkasakan usahawan di Negeri Kedah, dan beliau menyatakan sokongan dan berterima kasih di atas kesudian PPTEM untuk berada di Kedah dan YB Dato’ juga akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan di Negeri Kedah.

Kunjungan hormat tersebut telah berjalan hampir satu jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top