TAWARAN : PEMBELIAN SAHAM SYARIKAT AWAM – RIZQ MARKETPLACE BERHAD | 202101040412 (1440712-D)

PENDAHULUAN

RIZQ MARKETPLACE BERHAD, adalah sebuah syarikat awam yang telah diperbadankan sejak 30 November 2021 dengan Nombor Pendaftaran 202101040412 (1440712-D).

Syarikat ini dalam proses penyusunan semula Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Syarikat.

TUJUAN

Tujuan cadangan ini, adalah untuk menjemput kepada Ahli PPTEM dan Usahawan PPTEM yang berminat untuk MEMIMPIN dan menjadi PEMEGANG SAHAM dalam syarikat.

INDUSTRI

Syarikat ini terlibat dalam 3 sektor Industri di bawah Kluster Ekonomi 2 (Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) – Warehouse dan Kluster Ekonomi 4 (Premis) seperti berikut :

1. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) – Pemborong dan Pengedaran (Warehouse).
2. Sektor Peruncitan (Pasaraya / Runcit) di bawah jenama RIZQ Mart (2,200 outlet)
3. SuperApp RIZQMALL (10 dalam 1)
4. Perniagaan-Perniagaan Lain

  1. PERNIAGAAN 1 : PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN PRODUK USAHAWAN (4PU).  Syarikat telah merancang untuk membangunkan 4PU ini di premis dan lokasi seperti di bawah  di :

Kebangsaan :

18 dan 19, Jalan Sri Rejang 1,
Seri Rampai Business Park,
53300 SETAPAK, Kuala Lumpur

Negeri Kedah :

IDEAS Kedah Berhad
Gurun, Kedah

PERNIAGAAN 2 – PEMERKASAAN PERNIAGAAN RUNCIT (RIZQ MART).

Program Pemerkasaan dan Transformasi Pasaraya / Kedai Runcit Muslim di seluruh negara akan dilaksanakan dan bermula di Negeri Kedah dan akan bermula pada tahun 2024.  Sekarang (IDEAS Kedah Berhad) dalam proses untuk mendaftarkan 10 Kedai Runcit sedia ada bagi setiap kawasan Parlimen di Negeri Kedah (15 kawasan Parlimen) dan jumlah dijangka ada 150 kedai runcit.

Satu perjumpaan khas dengan YAB MB Kedah adakan diadakan pada bulan Jan 2024 (surat sudah dihantar dan diterima oleh Pejabat YAB Menteri).

Sila Rujuk : https://harisfadzlah.com/2023/12/04/tawaran-mengikuti-program-pemerkasaan-dan-transformasi-usahawan-perniagaan-kedai-runcit-pasaraya-muslim-seluruh-negara/

Bagi negeri lain, adalah Wilayah Persekutuan (MAIWP Mart) dalam penyediaaan kertas cadangan kerjasama. WP mempunyai 11 kawasan parlimen, namun 2 daripadanya iaitu Putrajaya dan Labuan di hadkan kepada 2 kedai sahaja. Sekarang di Putrajaya sudah ada 2 kedai (Presint 5 dan Presint 9) dan 1 di labuan. Jika diizinkan akan wujud lagi 90 kedai MAIWP Mart di WP dengan kerjasama RMB.

Sila Rujuk : https://harisfadzlah.com/2023/12/02/perbincangan-awal-pptem-bersama-mawip-dagang/

PERNIAGAAN 3 – SUPERAPP RIZQMALL (10 dalam 1). Pada dasarnya Apps ini telahpun disiapkan dan kini telah boleh di muat naik daripada Google Play Store dan Apple Store.  Untuk masa sekarang RIZQ Marketplace Berhad sedang mendaftarkan vendor-vendor Muslim di dalam Apps ini.  Namun ia agak perlahan, kerana masih kekurangan peruntukan untuk pemasaran dan promosi.

Untuk mencuba, semua bakal Pemegang Saham boleh memuat naik applikasi ini dengan QR Code ini :

PERNIAGAAN 4 – POS SYSTEM / HARDWARE & PERISIAN AKAUN. POS System dan Akaunting Software telahpun dibangun dan disediakan oleh Kluster 1 untuk kegunaan Kedai Runcit (dan lain-lain perniagaan). Namun sehingga kini RIZQ Marketplace Berhad belum membeli beberapa Hardware untuk ujinilai, dan sistem ini akan di intergrate dengan SuperApps RIZQMALL bagi memudahkan peruncit / pengguna membeli Business to Business (B2B) dan Customer to Business (C2B).

RUMUSAN

Program / Syarikat ini adalah satu satu cara kita (Muslim) untuk bersaing secara sihat dalam memperkasakan Usahawan Muslim di seluruh negara.  RIZQ Marketplace Berhad mestilah menjadi pemain GELOMBANG BARU dalam negara ini.

BERMINAT?

Kepada yang berminat, boleh membeli Saham Syarikat ini mengikut syarat dan terma seperti berikut :

    • Mestilah MUSLIM
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Nilai saham adalah RM 1.00 per unit.
    • Minimum belian bagi setiap Nama / Syarikat / Perniagaan / Koperasi ialah 1,000 dan maksimum 10,000 unit sahaja.

PEMBELIAN

Boleh klik Link berikut : https://toyyibpay.com/RIZQ-Marketplace-Berhad

PERTANYAAN

  • Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor telefon dan email di bawah :

+60 111 528 2020
+60 111 528 2020

admin@harisfadzlah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top