
HARIS FADZLAH MAT ALI
Founder
HARISFADZLAH Empire merupakan sebuah entiti pemerkasa keusahawanan dan ekonomi Muslim yang berteraskan nilai integriti, inovasi dan inklusif. Ditubuhkan dengan misi untuk membina jaringan perniagaan yang mampan, kami memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan melalui pelbagai program, platform digital, serta sokongan strategik berasaskan pelan jangka panjang – Pelan Perlaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Muslim (3PTEM).
Kami percaya bahawa kebangkitan ekonomi umat bermula dengan kesedaran, ilmu dan tindakan kolektif. Oleh itu, HARISFADZLAH Empire menjadi pemacu kepada pelbagai inisiatif melalui syarikat kluster, akademi latihan, pembangunan sistem digital (RizqMall & RizqMart), serta jaringan koperasi dan komuniti.
Dengan moto “Bergerak Bersama, Bangkit Bersama”, kami terus komited untuk mewujudkan peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi dan memperkukuh ekosistem keusahawanan Muslim di seluruh negara.