Strategi pemasaran ini dibina bagi memastikan capaian menyeluruh, pengukuhan jenama, dan pertumbuhan berterusan menerusi pelbagai saluran. Pendekatan ini menggabungkan teknologi digital, jaringan sosial, dan aktiviti lapangan secara holistik.

Platform Digital & Media Sosial

Platform digital menjadi tulang belakang dalam strategi jangka panjang.

1)           RizqMall (HybridApp)

  • Portal e-dagang utama untuk Muslimpreneur
  • Direktori produk halal, servis, dan kedai runcit Muslim
  • Ciri-ciri khas: Loyalty point, bazar maya, iklan berbayar

2)           RizqMart (Pemerkasaan Kedai Runcit Muslim)

  • Kedai fizikal & online, bersifat hyperlocal
  • Penjenamaan visual konsisten (logo, warna, baju pekerja)
  • Diselaraskan dengan kempen digital mingguan (promo, live TikTok/Facebook)

Sandbox Malaysia (Platform Keusahawanan)

  • Ruang promosi untuk startup Muslim
  • Program bimbingan, webinar, & e-learning
  • Konten kreatif (reels, podcast, testimoni usahawan)

Media Sosial

  • Gunakan TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube
  • Pendekatan influencer marketing di kalangan asatizah, aktivis ekonomi Islam, usahawan berjaya
  • Kandungan: Edukasi, promosi produk, kisah kejayaan

Jaringan NGO & Koperasi

Sokongan akar umbi adalah kunci untuk membina kepercayaan dan skala.

  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan NGO Islam, koperasi desa, dan koperasi bandar
  • Program sokongan bersama seperti:
    • “Jualan Komuniti”
    • “Pasar Sedekah”
    • “Karnival Ekonomi Muslim”
  • NGO boleh bertindak sebagai wakil kawasan (agen pengedaran/daftar peniaga)

Pameran, Roadshow & Kolaborasi Negeri

Aktiviti fizikal masih penting untuk membina kehadiran jenama dan kepercayaan awam.

  • Menyertai ekspo negeri dan nasional (contoh: HPPNK, MAHA, Halal Fest)
  • Anjuran roadshow peringkat Parlimen bagi memperkenal jenama RizqMall & 3PTEM
  • Kolaborasi bersama kerajaan negeri (melalui YB atau agensi pembangunan usahawan)
  • Booth promosi dan jualan langsung
  • Demonstrasi produk dan teknologi Muslim (contoh: AI, sistem POS, food traceability)

Ringkasan Strategi

Saluran Sasaran Objektif
Digital & Sosial Golongan muda, usahawan baru Kesedaran & engagement
NGO & Koperasi Komuniti akar umbi Kepercayaan & pengaktifan kawasan
Pameran & Roadshow Orang awam & pembuat dasar Promosi skala besar & kerjasama strategik