Pelaksanaan 3PTEM disokong oleh tiga entiti utama yang saling melengkapi – NGO, Syarikat Awam, dan Koperasi – bagi memastikan pelaksanaan pelan ini dapat digerakkan secara menyeluruh dari peringkat dasar hingga ke akar umbi.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Peranan:
NGO memainkan peranan sebagai penyelaras sosial dan komuniti. Ia bertindak sebagai pemangkin kesedaran serta penggerak sokongan akar umbi bagi menjayakan agenda pemerkasaan ekonomi Muslim.

Fungsi Utama:

  • Menjalankan kempen kesedaran dan pendidikan ekonomi kepada masyarakat.
  • Menyantuni golongan sasaran B40 & M40 Muslim.
  • Menjadi jambatan antara komuniti dengan pihak pelaksana ekonomi.
  • Menyumbang tenaga sukarelawan dan sokongan tempatan.

Entiti Pelaksana:
Pertubuhan Jelajah Masjid Malaysia (PERJELAS Malaysia)

——–

Syarikat Awam (Public Company / Berhad)

Peranan:
Syarikat awam menjadi tulang belakang kepada aspek pelaburan, pengurusan modal, dan pelaksanaan komersial dalam pelan ini. Ia akan menggerakkan komponen-komponen strategik yang menjana pertumbuhan ekonomi Muslim.

Fungsi Utama:

  • Mengurus pelaburan dan dana secara profesional (termasuk wakaf dan mudharabah).
  • Menyediakan sistem sokongan perniagaan seperti teknologi, pemasaran, dan pembangunan produk.
  • Menjalankan perniagaan strategik yang memacu pertumbuhan ekonomi Muslim secara berstruktur.
  • Menjadi ‘vehicle’ utama untuk peluasan kluster ekonomi Muslim ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Entiti Pelaksana:
IDEAS Berhad

——————-

Koperasi

Peranan:
Koperasi merupakan asas kepada penyertaan massa, pemilikan bersama, dan agihan kekayaan secara adil dalam kalangan komuniti. Ia memberi ruang kepada masyarakat untuk turut serta secara langsung dalam pembangunan ekonomi.

Fungsi Utama:

  • Menyediakan platform pemilikan bersama dalam aset ekonomi Muslim.
  • Mengurus kedai, premis, tanah, dan projek pembangunan bersama komuniti.
  • Menjadi rakan pelaksana projek di peringkat negeri dan parlimen.
  • Mewujudkan sistem keuntungan berputar untuk ahli komuniti (dividen, manfaat bersama).

Entiti Pelaksana:
Koperasi FINTECH Malaysia Berhad (Dalam Penubuhan)
Cadangan penubuhan koperasi nasional berasaskan prinsip syariah yang inklusif dan berorientasikan impak ekonomi setempat.