Visi: 

Menjadi pemacu utama kepada pembangunan ekonomi umat Islam melalui pendekatan sistematik, tersusun dan berimpak tinggi menjelang 2030.

Misi:

  1. Memperkasa jaringan usahawan Muslim melalui penyediaan ekosistem sokongan yang menyeluruh merangkumi pembiayaan, latihan, pemasaran dan teknologi.
  2. Menggalakkan kerjasama strategik antara NGO, koperasi, syarikat awam dan entiti swasta dalam membangunkan kluster-kluster ekonomi utama umat Islam.
  3. Mewujudkan sistem ekonomi Islamik yang lestari, mampan dan bebas daripada pergantungan penuh kepada kerajaan atau institusi tertentu.
  4. Membina keupayaan dan kecekapan pengurusan dalam kalangan penggerak ekonomi Muslim melalui latihan berstruktur dan pembangunan kapasiti.

Menjadi contoh model pembangunan ekonomi Muslim yang boleh dicontohi dan diadaptasi oleh negara-negara Islam lain menjelang tahun 2030.