MOU BERSAMA PPTEM DAN ONECENT

MOU BERSAMA PPTEM DAN ONECENT

MOU(Memorandum Of Understanding) bersama PPTEM dan ONECENT ini diadakan pada 21/10/2024 di  L02-59, Level 2, Menara Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Intipati yang diperolehi ketika MOU dijalankan adalah berkenaan Program Mentor Mentee Sandbox PPTEM.

Kumpulan sasar bagi program ini adalah usahawan kecil bagi Mentee dan Usahawan besar sebagai mentor.

Perkasakan Perjalanan Perniagaan Anda dengan Program Mentor-Mentee Kami

Adakah anda seorang usahawan baru yang mencari bimbingan dan sokongan?
Atau pemilik perniagaan berpengalaman yang ingin memberi kembali kepada komuniti?

Program Mentor-Mentee kami direka untuk memupuk pertumbuhan dan inovasi.


Requirement untuk menjadi Mentee:

  1. Warganegara Malaysia : Individu atau syarikat perseorangan, perkongsian dan berdaftar dengan SSM.
  2. Peserta Program SANDBOX PPTEM .
  3. Berkemampuan menjalankan projek separuh/sepenuh masa.
  4. Menghadiri Kursus Asas SANDBOX yang dianjurkan PPTEM.
  5. Peserta bersedia untuk membiayai kos projek selain daripada bantuan SANDBOX PPTEM.
  6. Pelan Perniagaan projek usahawan adalah munasabah dengan nilai bantuan yang diberikan oleh PPTEM dan Mentor.
  7. Peserta  menyertai program Mentee SANDBOX PPTEM  tidak kurang dari 2 tahun.

Requirement bagi menjadi Mentor:

  1. Warganegara Malaysia: Individu atau syarikat perseorngan, perkongsian dan berdaftar dengan SSM
  2. Mentor mempunyai pengalaman menjalankan projek/perniagaan berkaitan bidang perniagaan di bawah program SANDBOX PPTEM
  3. Mentor mempunyai pengalaman,kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baharu sebagai Mentee dan mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh.
  4. Telah berdaftar SSM/PBT/MOF atau mana-mana lesen berkaitan.
  5. Kewangan yang stabil dengan sokongan institusi kewangan dan Kerajaan.
  6. Mentor  mengurus projek sendiri tanpa pihak ke-3.
  7. Mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh.
  8. Bersedia untuk membiayai kos projek selain bantuan PPTEM.
  9. Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai pelan perniagaan yang kukuh.
  10. Bersetuju dengan menyumbang keuntungan kepada Tabung Pembangunan Usahawan SandBox PPTEM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top