PROGRAM PEMERKASAAN KEDAI RUNCIT MUSLIM DI SELURUH NEGARA

PENGENALAN

Perniagaan Kedai Runcit Muslim di seluruh negara menghadapi jalan sempit di hadapan kerana terlalu banyak pesaing bukan sahaja daripada dalam, tetapi dari pelbagai perniagaan yang tumbuh berbentuk runcit di seluruh negara.

Kedai Runcit Muslim hanya boleh kekal danĀ  terus berada di dalam pasaran setelah diperkasakan dengan pelbagai sokongan seperti bekalan, perisian, perkakasan dan pemasaran yang terkini.

TUJUAN

Program ini bertujuan Memperkasakan Industri Kedai Runcit Muslim di seluruh negara, dan bagai permulaan hanya 10 Kedai Runcit Muslim akan dipilih mengikut Daerah-Daerah di seluruh negara.

PENDAFTARAN

Kepada Usahawan Runcit Muslim yang ingin menyertai program ini perlulah menghubungi Pengurus atau Penolong Pengurus di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang pendaftaran.

Rujuk Senarai Pengurus / Penolong Pengurus. Klik disini..

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Muslim
  2. Warganegara Malaysia
  3. Telah bernriaga tidak kurang dari 1 tahun
  4. Terhad 10 peruncit bagi setiap daerah

KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN

  1. Sediakan Geran sehingga RM 500,000 dalam tempoh 2 tahun (mengikut syarat dan terma).
  2. Sediakan Had Kredit sehingga RM 500,000 (mengikut syarat dan terma).
  3. Papan Perniagaan Tanda Seragam
  4. Sediakan kedai Online dalam RIZQMALL SuperApp (10 dalam 1)
  5. Point of Sales (POS System)
  6. Pelanggan tetap melalui pemberian Zakat (Asnaf)
  7. Pemasaran / Publisiti / Promosi berkelompok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top