OBJEKTIF UMUM DAN KHUSUS PELAN 3PTEM

OBJEKTIF UMUM

Mewujudkan ekosistem ekonomi Muslim yang mampan, berdaya saing dan tersusun, berpaksikan prinsip syariah, keberkatan, dan kesejahteraan ummah, melalui pelaksanaan strategi ekonomi berjamaah yang menyeluruh dari akar komuniti hingga ke peringkat nasional.


OBJEKTIF KHUSUS PELAN

Menyatukan kekuatan ekonomi umat Islam di bawah satu pelan strategik nasional yang bersepadu dan bebas daripada pengaruh politik.

Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan Muslim dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk ICT, industri halal, pembuatan, perkhidmatan dan pertanian moden.

Mewujudkan sistem rantaian bekalan Islamik yang lengkap, merangkumi pengeluaran, pengedaran, pemasaran dan pengguna akhir berteraskan konsep Halalan Toyyiban.

Menggalakkan pembentukan koperasi, konsortium dan jaringan strategik antara usahawan Muslim bagi memperkukuh kedudukan pasaran dan keupayaan modal.

Memperkenalkan model ekonomi digital Islamik, melalui platform integrasi seperti RIZQMALL HybridApps, bagi memperluas akses pasaran tempatan dan global.

Meningkatkan tahap kesedaran dan literasi ekonomi Islam, agar masyarakat Muslim memahami tanggungjawab ekonomi sebagai ibadah dan amanah.

Menjana peluang pekerjaan dan pendapatan melalui pembangunan sektor strategik yang dikendalikan oleh komuniti Muslim sendiri.

Membentuk model ekonomi jemaah yang mapan dan berterusan, berpaksikan nilai-nilai Islam, integriti, dan keadilan sosial.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *