PENGENALAN 3PTEM

Ekonomi masyarakat Muslim di Malaysia masih berdepan cabaran besar dalam aspek pemilikan kekayaan, keusahawanan, penguasaan rantaian bekalan, serta penglibatan dalam sektor-sektor strategik. Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan sebelum ini, kebanyakannya bersifat terpisah, tidak menyeluruh, dan bergantung kepada sokongan kerajaan semata-mata.

Pelan Perlaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Muslim (3PTEM) diperkenalkan sebagai satu inisiatif kolektif dan berkecuali, bebas daripada pengaruh politik serta birokrasi kerajaan. Ia menekankan pendekatan berjamaah sebagai asas pembinaan semula kekuatan ekonomi ummah.

Matlamat utama 3PTEM ialah untuk membangunkan ekosistem ekonomi Muslim yang mampan, tersusun, dan berdaya saing, berlandaskan nilai-nilai Islam dan prinsip keusahawanan moden.

Pelan ini berpaksikan tiga prinsip utama:

1.  Halalan Toyyiban – menjamin keberkatan dalam seluruh aktiviti ekonomi.

2.  Pemberdayaan Komuniti – mengangkat potensi usahawan dan komuniti Muslim di setiap peringkat.

3.  Teknologi Digital – memperkukuh daya saing melalui inovasi dan integrasi sistem digital.

3PTEM bukan sekadar pelan pembangunan ekonomi, tetapi gerakan kesedaran dan tindakan bersepadu yang menggerakkan umat Islam daripada tahap kebergantungan kepada tahap kepemilikan, penguasaan, dan kepimpinan ekonomi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *