Geran ini memang satu peluang yang sangat bernilai untuk usahawan, lebih-lebih lagi kerana ia tak perlu dibayar balik. Jadi, sangat penting untuk kita ada rasa tanggungjawab dan niat untuk memberi kembali kepada komuniti, termasuk membantu kembangkan rangkaian perniagaan usahawan baru yang lain.
Ramai mungkin rasa mencabar bila perlu cari lagi 10 usahawan, tapi kalau difikirkan, ini juga peluang untuk berkongsi rezeki dan membuka jalan untuk orang lain berjaya. Dengan memperkenalkan lebih ramai orang kepada peluang geran ini, kita bukan sahaja bantu mereka, tetapi juga membina ekosistem perniagaan yang lebih kuat.
Janganlah bersikap selfish. Kita perlu ada rasa ‘pay back‘ kerana bantuan yang kita terima dalam bentuk geran tanpa perlu dibayar balik ini adalah peluang yang sangat berharga. Dengan berkongsi peluang ini dengan orang lain, kita menunjukkan rasa syukur dan tanggungjawab untuk membantu mereka yang mungkin belum berpeluang merasai manfaat yang sama.
Sikap memberi kembali ini bukan sahaja menguntungkan individu, tetapi juga membina komuniti usahawan yang lebih kuat. Apabila kita saling menyokong, kita mencipta ekosistem di mana semua orang dapat berkembang dan berjaya. Mari kita ambil langkah positif ini dan bantu orang lain, kerana kejayaan kita juga bergantung kepada kejayaan orang di sekeliling kita.
#KazmanX39