MESYUARAT KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM SANDBOX (THE ENTREPRENEUR KICK START) PPTEM, IDEAS BERHAD DAN BANK MUALAMAT

KUALA LUMPUR 13 Dec – Mesyuarat kerjasama penganjuran program SANDBOX – The ENTREPRENEUR Kick Start (TEKS) telah di adakan di Pejabat Urusan PPTEM di sini.

PPTEM / IDEAS Berhad telah diwakili oleh YBhg En. Haris Fadzlah dan Ahli Jawatankuasa dan Bank Muamalat telah di wakili oleh YBhg En. Mohd Yaakub Mohd Yunus dan Pengurusan Bank.

Mesyuarat dimulai dengan sessi taaruf di kedua-dua belah pihak. YBhg En. Haris telah menerangkan program SANDBOX secara keseluruhannya. Dan pihak Bank Muamalat berpuashati dengan beberapa kerjasama yang akan dilaksanakan bermula tahun 2024.

Adalah menjadi sasaran, PPTEM / IDEAS Berhad untuk mewujudkan 30,000 usahawan dengan Bank Muamalat akan menjadi Perbankan yang menawarkan pembukaan akaun Semasa Perniagaan dengan beberapa ciri keistimewaan. Disamping itu, Bank juga akan bekerjasama dalam program-program pembelajaran pengurusan kewangan untuk memastikan bahawa semua usahawan SANDBOX berdaya saing dan berdaya tahan.

Beberapa kerjasama lain juga telah dibincangkan dan akan dimaklumkan dari masa kesemasa.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top